Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

14) PENEMPATAN PEKERJA ASING DI DUN MERU

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Bolehkah dipastikan setiap kilang menyediakan asrama khas bagi pekerja asing?

    Setiap pembangunan kilang boleh dipastikan untuk menyediakan perumahan pekerja kilang. Berdasarkan kepada garis panduan perancangan perumahan pekerja kilang (13/97), terbitan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia. Keperluan penyediaan perumahan pekerja adalah seperti berikut :

     

    • Kawasan industri hendaklah tidak kurang daripada 20ekar bagi membolehkan 10-20% kawasan diperuntukkan bagi pembangunan perumahan pekerja kilang.

     

    • Lokasi pertapakan perumahan pekerja kilang pula hendaklah ditempatkan di dalam zon pentadbiran kilang dan dekat dengan pusat perkhidmatan sokongan kawasan

     

    • Jarak dari zon industri hendaklah tidak kurang daripada 500meter (industri berat) dan dipisahkan dengan zon penampan (fizikal hijau).

     

    Merujuk kepada Manual Garis Panduan dan Piawaian Perancangan Negeri Selangor edisi kedua, terbitan Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri Selangor. Kemudahan sokongan bagi kawasan perindustrian di antaranya adalah perumahan pekerja dan ia bergantung kepada jenis industri dan tertakluk kepada kelulusan Jabatan Alam Sekitar.

    Kilang – kilang yang terdapat di sekitar Jalan Teratai Meru ini dimiliki oleh individu yang berasingan. Luas setiap lot industri di kawasan ini pula berkeluasan 3 ekar. Setiap permohonan pelan – pelan pembangunan kilang dikemukakan oleh pemilik tanah individu tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.