Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

231) PENEMPATAN SEMULA KUIL HINDU/ TOKONG CINA

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Hal Ehwal Selain Islam

Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah dasar terkini penempatan semula Kuil Hindu, Tokong Cina, Persatuan Penduduk dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang telah didaftarkan di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan yang mana struktur premis dibina dan menduduki di atas tanah milik Kerajaan. i) Adakah Kerajaan Negeri bersetuju untuk mengeluarkan Lesen Menduduki Sementara (T.O.L) kepada Persatuan / Pertubuhan tersebut? ii) Adakah Kerajaan Negeri menyediakan tapak baru untuk menempatkan Persatuan / Pertubuhan? iii) Sila menyatakan jumlah wang, maklumat-maklumat penerima dari tahun 2008 sehingga bulan Oktober 2013 di DUN Telok Datok.

    )  Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat,  bermula  pada   tahun 2013, Kerajaan Negeri melalui Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor telah mengeluarkan arahan dan pekeliling berhubung pengeluaran Lesen Pendudukan Sementara (LPS) di mana LPS hanya boleh dikeluarkan bagi maksud kegunaan Pondok Pengawal (Pekeliling PTG Bil 1/2013), bagi tujuan Papan Iklan (Pekeliling PTG Bil 2/2013) dan bagi tujuan kediaman di atas tanah kerajaan (Arahan Pengarah PTG Bil 3/2013)

     

    1. Buat masa ini, Kerajaan Negeri melalui PBT di seluruh Negeri Selangor telah mensyaratkan setiap pemajuan pembangunan diwajibkan untuk menyediakan tapak bagi kegunaan keagamaan. Selain itu, bagi rumah- rumah ibadat yang terlibat di dalam projek-projek pembangunan, pihak pemaju disyaratkan untuk menyediakan tapak gentian kepada rumah ibadat yang terlibat dan seterusnya pihak pemaju hendaklah menyerahkan tanah tersebut kepada kerajaan bagi tujuan pewartaan tanah untuk rumah ibadat yang

     

    • Berikut adalah maklumat penerima yang telah menerima peruntukan rumah ibadat selain Islam dari tempoh 2008-2013 di DUN Telok

     

    NAMA PEMOHON LOKASI NO PENDAFTARAN JUMLAH BANTUAN (RM)
    Kuil Subramaniar Telok Datok 3680-85-SEL 10,000.00

     

Lampiran

Tiada Lampiran.