Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

189) PENEMPATAN

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Pembangunan Luar Bandar

Adun: Y.B. Tuan Ir. Haji Mohd Haslin Bin Hassan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah cadangan kerajaan bagi membantu golongan muda yang berpendapatan rendah memiliki rumah kediaman kos rendah?

    Untuk makluman Yang Berhormat, Dasar Perumahan Mampu Milik (Rumah Selangorku) diperkenalkan untuk mengimbangi penyediaan rumah rumah mampu milik dengan rumah harga bebas. Dasar Rumah Selangorku ini, digariskan bagi memenuhi keperluan penyediaan rumah bagi golongan berpendapatan rendah dan sederhana termasuk golongan muda untuk memiliki rumah pada harga mampu milik berdasarkan kepada pendapatan mereka. Harga jualan mampu milik ini telah ditetapkan bermula daripada RM42,000.00 hingga RM250,000.00 seunit dengan mengikut jenis dan saiz keluasan berdasarkan kepada Zon Pembangunan Perumahan yang telah ditetapkan. Pecahan Zon ini dibuat bagi memastikan pengagihan dan pembinaan dapat dijalankan secara seimbang mengikut kesediaan pembangunan di mana kemudahan pengangkutan, kemudahan awam dan infrastruktur telah tersedia. Setiap zon tersebut pula akan dipecahkan mengikut keluasan tapak cadangan pembangunan untuk ditentukan penyediaan Rumah Selangorku yang perlu dibina. Melalui dasar yang tetapkan ini secara tidak langsung Kerajaan Negeri telah membantu kira-kira 20% hingga 50% penduduk termasuk golongan muda di Negeri Selangor memiliki rumah pada harga kawalan.

Lampiran

Tiada Lampiran.