Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

195) PENERANGAN KEPADA RAKYAT

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah medium penerangan dasar serta program KNS, selain TV Selangor dan akhbar Selangor kini?

    Sebaran maklumat program Kerajaan Negeri Selangor disebarkan menerusi pelbagai medium media massa sama ada secara atas talian, televisyen ataupun akhbar. Selain menggunakan agensi milik negeri, Communication Corporation Sdn Bhd (CCSB), Kerajaan Negeri juga turut menggunakan laman sesawang rasmi Kerajaan Negeri melalui pautan http://selangor.gov.my yang dikendalikan oleh Bahagian Teknologi Maklumat (BTM).

     

    Selain dari itu, Kerajaan Negeri bersama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah memasang beberapa billboard milik PBT di lokasi tertentu dalam usaha tersebut. Sesi pertemuan diantara ADUN-ADUN dan Penyelaras DUN serta wakil-wakil pimpinan peringkat akar umbi juga memainkan peranan dalam memberi maklumat terkini dasar Kerajaan Negeri.

     

    Program Turun Padang YAB Dato’ Menteri Besar di setiap daerah seluruh Selangor juga turut sama memberi penerangan secara berkelompok terus kepada rakyat.

     

    Kerajaan Negeri juga menjalin hubungan kerjasama dengan akhbar-akhbar tempatan dalam menyebarluaskan lagi penerangan dasar kerajaan Negeri melalui wawancara khas serta pengiklanan.

     

     

     

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.