Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

25) PENERANGAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Haji Zaidy Bin Haji Abdul Talib

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan kerajaan negeri untuk mempertingkatkan penerangan dasar dan program kerajaan negeri kepada rakyat?

    Untuk perancangan ke depan, kita akan mewujudkan ‘citizen journalist’ iaitu aktivis media setempat yang akan bertugas secara sukarela dalam melaporkan segala aktiviti dan program di kawasan mereka. Satu kolum khas akan dibuat dalam laman web SelangorKini untuk liputan berita daripada

    ‘citizen journalist’ ini.

    Selain itu, kita juga sedang berusaha untuk mempelbagaikan programprogram di bawah kendalian kumpulan kerja TV Selangor dan akhbar web selangorku.com. Program-program bercorak kebudayaan, keagamaan dan pro kepada generasi muda akan dipelbagaikan sesuai dengan trend dan isu semasa, khususnya di Negeri Selangor.

    Kita juga akan meningkatkan tahap kecekapan edaran akhbar Selangorkini di setiap DUN. Dalam hal ini, kita akan lakukan audit di setiap Pusat Khidmat Masyarakat bagi memastikan setiap muka surat akhbar ini sampai ke tangan penduduk. Kita mahu setiap sen wang rakyat yang kita gunakan untuk mencetak dan menerbitkan akhbar ini benar-benar bermanfaat dalam menerangkan dasar dan program-program yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri.

Lampiran

Tiada Lampiran.