Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

260) PENERANGAN KERAJAAN NEGERI

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Selain dari Akhbar Selangorkini, apakah medium lain untuk penerangan Kerajaan Negeri?

    Dalam usaha memberi penerangan kepada rakyat kerajaan negeri turut menggunakan medium elektronik selain media cetak seperti laman sesawang rasmi YAB Dato’ Menteri Besar dan media selangorku.com atau lebih dikenali dengan TVSelangor. Selain itu laman sesawang rasmi kerajaan negeri juga turut memainkan peranan yang penting dalam usaha ini. Dianggarkan laman sesawang rasmi ini mencapai 3 ribu pelawat dalam masa sehari.

     

    Sebaran maklumat program kerajaan negeri Selangor disebarkan menerusi pelbagai medium media massa sama ada secara atas talian, televisyen ataupun akhbar. Selain menggunakan agensi milik kerajaan negeri Communication Corporation Sdn Bhd (CCSB) kerajaan negeri juga turut menggunakan   laman   sesawang    rasmi    Kerajaan    Negeri    melalui pautan http://selangor.gov.my yang dikendalikan oleh Bahagian Teknologi Maklumat (BTM).

     

    Selain dari itu, kerajaan Negeri bersama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah memasang beberapa billboard milik PBT di lokasi tertentu dalam usaha tersebut. Sesi pertemuan diantara ADUN-ADUN dan Penyelaras DUN serta wakil-wakil pimpinan peringkat akar umbi juga memainkan peranan dalam memberi maklumat dasar Kerajaan Negeri.

     

    Program Turun Padang YAB Dato’ Menteri Besar di setiap daerah seluruh Selangor juga turut sama memberi penerangan secara berkelompok terus kepada rakyat.

     

    Kerajaan Negeri juga menjalin hubungan kerjasama dengan akhbar-akhbar tempatan dalam menyebarluaskan lagi penerangan dasar kerajaan Negeri melalui wawancara khas serta pengiklanan.

Lampiran

Tiada Lampiran.