Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

326) PENERANGAN NEGERI

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah dasar penerangan negeri agar rakyat mendapat maklumat yang sahih dan semasa?

    Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor telah pun berikrar untuk membudayakan nilai integriti, kebertanggungjawaban dan tata kelola yang baik dalam pentadbiran. Semua anggota perkhidmatan awam dan anak-anak syarikat Kerajaan Negeri perlu mempunyai jati diri merangkumi sikap amanah, keterbukaan dan ketelusan. Selain itu, Dewan Negeri Selangor telah meluluskan Enakmen Kebebasan Maklumat sebagai usaha untuk membolehkan rakyat mendapatkan akses maklumat secara munasabah dari setiap jabatan Kerajaan Negeri Selangor bagi menunjukkan ketelusan dan pentadbiran amanah.

Lampiran

Tiada Lampiran.