Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

46) PENERANGAN SECARA TELITI MENGENAI PROJEK K-INOVASI

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila terangkan apakah Projek K-Inovasi yang dilaksanakan di Pangsapuri Kenanga Gombak dan JMB Iris, Saujana Utama secara terperinci dan apakah jenis bantuan yang telah diberikan kepada pihak JMB?

    Untuk makluman Yang Berhormat, Projek K-Inovasi yang dilaksanakan di Pangsapuri Kenanga Gombak ialah Pusat Kitar Strata manakala JMB Iris atau Pangsapuri IRIS, Saujana Utama pula ialah E-Payment (e-pay).

    Pangsapuri Kenanga Gombak telah melaksanakan projek K-Inovasi Pusat Kitar Strata yang berkonsepkan pusat kitar semula di bangunan bertingkat / berstrata. Ia melibatkan transaksi berasaskan kupon (tiada penggunaan wang tunai). Kupon yang diterima oleh penjual barangan kitar semula akan ditebus untuk pembayaran caj penyenggaraan bulanan mereka atau penukaran barang keperluan di kedai runcit yang telah ditetapkan oleh pihak JMB.

     

    Pihak JMB dan peruncit akan mengemukakan kupon yang telah digunakan untuk pembayaran caj penyenggaraan atau pembelian barangan kepada penyedia pusat kitar strata (JMB) untuk penebusan wang tunai. Wang hasil penjualan barang kitar semula kepada peraih digunakan bagi pembayaran tunai kepada JMB atau Peruncit dan lebihan adalah tabungan pihak JMB dan modal pusingan pusat kitar semula ini.

     

    Projek K-Inovasi ini tercetus apabila terdapat masalah-masalah seperti berikut :

     

    • Pemilik unit lewat / tidak membayar caj penyenggaraan bulanan mereka;
    • Tiada kerjasama dikalangan penduduk pangsapuri;
    • Aktiviti vandalisme;
    • Penduduk yang terlalu ramai;
    • Ruang rumah sampah yang terhad;

     

    • Ruang parkir kereta yang terhad;
    • Kacau ganggu haiwan liar;
    • Jawatankuasa JMB kerap bertukar-tukar;
    • Pengurusan sampah yang kurang efektif;
    • Kutipan sampah oleh kontraktor majlis kurang berkesan; dan
    • Sampah domestik dan pukal tidak

     

    Antara objektif projek K-Inovasi ini ialah :-

    • Mewujudkan sistem    pengurusan   sampah    yang    lebih   baik    dan sistematik;
    • Meningkatkan prestasi pembayaran semasa caj penyenggaraan;
    • Memberi nilai tambah kepada penduduk atas usaha mengasingkan sisa sampah harian mereka;
    • Membentuk sikap menjaga kebersihan dan tidak membuang sampah merata-rata; dan
    • Mewujudkan sumber pendapatan sampingan kepada JMB /

     

    Hasil daripada pelaksanaan projek K-Inovasi ini ialah :-

    • Kutipan caj penyenggaraan JMB terus meningkat dari semasa ke semasa;
    • Pengurangan pengumpulan sampah dan pengurangan penggunaan tong sampah (leach bin) di rumah sampah;
    • Rumah sampah lebih terurus dan bersih apabila sampah sisa dan sampah yang boleh dikitar semula diasingkan; dan
    • Mendisiplinkan penduduk dan tiada lagi sampah yang berteraburan di persekitaran pangsapuri

    JMB Iris atau Pangsapuri IRIS, Saujana Utama telah melaksanakan Projek K-Inovasi Terminal bayaran elektronik (Elektronic payment terminal/ e-pay). Pejabat JMB dijadikan one-stop-centre penyediaan perkhidmatan pembayaran elektronik seperti tambah nilai pra-bayar dan bayaran bagi 60 jenis produk dan perkhidmatan. Ini termasuk pelbagai bayaran bil-bil utiliti seperti bil SYABAS, TNB, UNIFI / TM, ASTRO, tambah nilai prabayar dan lain-lain. Ia juga termasuk kemudahan pembayaran caj penyenggaraan kepada pemilik-pemilik unit dengan menggunakan kad debit atau kad

     

    Kelebihan e-pay ini kepada penduduk dan JMB adalah seperti berikut :-

    1. Penduduk (600 unit rumah)
      • Perkhidmatan disediakan khas untuk penduduk Pangsapuri IRIS;
      • Kelebihan kepada warga emas untuk membuat bayaran bil pada bila- bila masa tanpa perlu keluar dari kawasan pangsapuri tersebut – dekat;

     

    • Menjimatkan masa, tenaga dan wang ringgit; dan
    • Tiada caj tambahan dikenakan kepada pengguna sistem e-pay

     

    1. JMB – pihak pengurusan
    • Menjadikan tarikan kepada penduduk untuk datang berurusan ke pejabat JMB IRIS;
    • Sistem pembayaran yang mudah diurus dan dikendalikan;
    • Tiada yuran bulanan atau tahunan;
    • Tiada kerugian (tiada tempoh perjanjian);
    • Modal yang kecil; dan
    • Pendapatan kepada JMB untuk jangka masa

    Antara jenis bantuan yang telah diberikan kepada pihak JMB Pangsapuri Kenanga dan Pangsapuri IRIS ialah seperti berikut :-

    JMB Pangsapuri Kenanga

     

    Bil. Jenis Bantuan Nilai Bantuan

    (RM)

    Tahun
    1. Skim Ceria – Membuat pagar 19,900.00 2012
    2. Skim Ceria – Baikpulih jalan dalam

    pangsapuri kos rendah Negeri Selangor

    208,379.04 2017
    3. Skim Ceria – Mengecat Bangunan 226,839.54 2017

     

    JMB Pangsapuri IRIS

    Bil. Jenis Bantuan Nilai Bantuan (RM) Tahun
    1. Skim Ceria – Mengecat Bangunan 770,948.60 2016

Lampiran

Tiada Lampiran.