Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

112) PENERBITAN SELANGOR TIMES

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah hubungan pihak pengurusan Selangor Times dengan Kerajaan Negeri?

    Akhbar Selangor Times diusahakan oleh sebuah syarikat persendirian Mesra Koridor Sdn Bhd (MKSB) yang telah menandatangani “Memorandum of Understanding” (MoU) bersama anak syarikat negeri Selangor Communication Communication Sdn Bhd (CCSB).

    Dalam MoU tersebut,  MKSB antara lain dibenarkan oleh Kerajaan Negeri (melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor) untuk menerbitkan Selangor Times dan versi bahasa Mandarin iaitu Xue Zhou Shi Bao.  Setiap keluaran akan dipantau terus oleh Sekretariat Akhbar di Pejabat Dato’ Menteri Besar.

    Tiada monetary consideration yang terlibat dalam perjanjian ini. MKSB membiayai semua operasi mereka melalui pembelian iklan-iklan oleh syarikat swasta.

Lampiran

Tiada Lampiran.