Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

13 Julai 2020 - 16 Julai 2020

101) PENERIMA BANTUAN KEBAJIKAN DUN BUKIT GASING

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila butirkan statistik bilangan orang penerima setiap jenis bantuan kebajikan (JKM) di DUN Bukit Gasing.

    Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor (JKMNS) telah menyalurkan bantuan kebajikan berbentuk Bantuan Kewangan kepada golongan sasar yang berkeperluan dan menepati syarat kelayakan di kalangan keluarga miskin, Orang Kurang Upaya (OKU) dan warga emas. Terdapat dua (2) jenis sumber bantuan iaitu Skim Bantuan Persekutuan dan Skim Bantuan Negeri (Bantuan Am).

    JKMNS telah membelanjakan peruntukan bagi Skim Bantuan Persekutuan sebanyak RM12,191,550.00 dengan memberi manfaat kepada 36,884 penerima bantuan secara bulanan manakala bagi Skim Bantuan Negeri (Bantuan Am) peruntukan bulanan telah dibelanjakan sebanyak RM1,286,650.00 dengan penerima manfaat seramai 4,818 orang sebulan.

    Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, Skim Bantuan Persekutuan bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Gasing adalah seramai 200 orang penerima dengan melibatkan perbelanjaan sebanyak RM68,800.00 sebulan. Bagi Skim Bantuan Negeri (Bantuan Am) di DUN Bukit Gasing adalah seramai 10 orang dengan melibatkan perbelanjaan sebanyak RM2,600.00 sebulan.

Lampiran

Tiada Lampiran.