Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

2) PENERIMA BANTUAN KEBAJIKAN JKM

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan semua penerima bantuan kebajikan yang terkini di DUN Permatang serta jenis dan jumlah amaun bantuan yang diterima oleh mereka setiap bulan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.

    Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor menyalurkan  bantuan  kebajikan kepada golongan sasar yang berkeperluan dan berkelayakan melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah. Berdasarkan statistik jumlah penerima bantuan kebajikan sama ada Skim Bantuan Persekutuan dan Negeri di seluruh Negeri Selangor adalah seramai 41,935 orang. Sebahagian penerima bantuan tersebut adalah DUN Permatang yang mempunyai seramai 467 orang dengan jumlah perbelanjaan bulanan sebanyak RM154,800.00. Berikut adalah senarai penerima bantuan kebajikan di DUN Permatang seperti di lampiran.

Lampiran

Tiada Lampiran.