Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

44) PENERIMA BANTUAN KEBAJIKAN YANG TERKINI DI DUN BANTING

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan semua penerima bantuan kebajikan yang terkini di DUN Banting serta jenis dan amaun bantuan yang diterima oleh mereka setiap bulan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.

    Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kuala Langat telah menyalurkan Skim Bantuan Persekutuan dan Skim Bantuan Am Negeri kepada rakyat di DUN Banting seramai 1,007 orang penerima bantuan yang berkelayakan bagi tahun 2018. Skim Bantuan Persekutuan merangkumi Bantuan Kanak-Kanak dengan kadar dari RM100 hingga RM450 sebulan, Bantuan Orang Tua (RM350 sebulan), Elaun Pekerja Cacat (RM400 sebulan), Bantuan Penjagaan Pesakit/OKU Kronik Terlantar (RM350 sebulan), Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (RM250 sebulan) dan Bantuan Anak Pelihara (RM250 sebulan). Manakala Skim Bantuan Am Negeri mempunyai tiga kadar mengikut Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) dan ahli isi rumah iaitu RM250, RM300 dan RM350 sebulan.

    Berikut adalah Jenis Bantuan, Bilangan Kes, Perbelanjaan Bulanan bagi penerima bantuan di DUN Banting:

Lampiran

Tiada Lampiran.