Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

3) PENERIMA BANTUAN LEMBAGA ZAKAT SELANGOR

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan semua penerima bantuan kebajikan yang terkini di DUN Permatang serta jenis dan jumlah amaun bantuan yang diterima oleh mereka setiap bulan daripada Lembaga Zakat Selangor.

    Maklumat berkaitan senarai penerima bantuan tidak dapat dikemukan berikutan Lembaga Zakat Selangor (LZS) tertakluk kepada Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA). Bagaimanapun, untuk makluman jumlah keseluruhan asnaf fakir, miskin dan mualaf yang berdaftar di LZS bagi DUN Permatang adalah seramai 981 keluarga.

    Senarai bantuan yang diberikan kepada asnaf di DUN Permatang dari bulan Januari-Jun 2019 adalah seperti di lampiran:

Lampiran

Tiada Lampiran.