Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017

86) PENERIMA PINJAMAN/BIASISWA SUK

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila senaraikan nama penerima pinjaman SUK sejak 2008 untuk DUN Selat Klang beserta jumlah pinjaman.

    Buat masa ini, Urus setia tidak mempunyai statistik penerima mengikut DUN memandangkan sistem sedia ada tidak dapat menjana statistik begitu. Sebagai inisiatif penambahbaikan, Urus setia dengan kerjasama Bahagian Teknologi Maklumat adalah dalam proses untuk pembangunan fasa baru sistem pengurusan Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor yang dapat memberikan laporan komprehensif berkaitan urusan TKWBNS.

Lampiran

Tiada Lampiran.