PENERIMA PROGRAM MERAKYATKAN EKONOMI SELANGOR (MES)

112) PENERIMA PROGRAM MERAKYATKAN EKONOMI SELANGOR (MES)

Tahun:

Sesi:

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Dr Xavier Jayakumar A/l Arulanandam

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Pecahan jumlah penerima semua Program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) di dalam kawasan Dewan Negeri Seri Andalas sejak dari bermulanya program ini dilaksanakan?

    Program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) diwujudkan pada tahun 2008 sehingga akhir 2016 sebelum ditambah baik dan melalui penjenamaan semula pada tahun 2017 dengan membawa nama Inisiatif Peduli Rakyat (IPR). Sepanjang 8 tahun pelaksanaannya, terdapat program yang ditambah dan dimansuhkan mengikut keperluan semasa dan keberkesanan setiap program. Sehingga akhir tahun 2016, Program MES mempunyai sebanyak 17 program yang dirangka khusus bagi membantu golongan-golongan sasar memperbaiki kehidupan. Program ini telah terbukti berjaya menarik perhatian dan penerimaan ramai rakyat Selangor. Tahun demi tahun, peratusan penerima bantuan meningkat selaras dengan perkembangan setiap program yang diperkenalkan bagi membantu golongan yang kurang mampu di Negeri Selangor.

    Ringkasan jumlah penerima faedah di DUN Seri Andalas sejak bermulanya program ini adalah seperti di Lampiran A. Namun begitu, terdapat beberapa program yang tidak mempunyai pecahan data mengikut DUN. Program tersebut adalah Tabung Pendidikan Anak-anak Pekerja Ladang, Skim Mikrokredit Selangor (SkimSel), Skim Mikrokredit Miskin Bandar (MiMBAR), dan Skim Mikrokredit Wanita Ladang (WALA). Skim SkimSel dan MiMBAR telah digabungkan di bawah Program Hijrah Selangor pada Mac 2015 manakala Skim WALA telah diberhentikan pada tahun 2014 setelah 2 tahun dilancarkan. Jumlah keseluruhan penerima faedah sehingga Disember 2016 bagi Tabung Pendidikan Anak-anak Pekerja Ladang adalah 14,251 manakala jumlah keseluruhan bagi SkimSel dan MiMBAR adalah seramai 11,349 dan 5,136 orang. WALA pula mencatatkan penerima faedah keseluruhan seramai 649 orang.

Lampiran

Tiada Lampiran.