Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

31) PENEROKA BANDAR (SETINGGAN)

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kerajaan Negeri dulu telah memberikan bayaran ganti rugi sebanyak RM7000 kepada para peneroka Bandar (setinggan) yang dipindahkan melalui 'Setinggan Sifar', tetapi bayaran ini ditarik balik apabila para peneroka Bandar mempertikaikan pengimplementasian polisi 'Setinggan Sifar " dan pengusiran paksa di Mahkamah . Apakah langkah Kerajaan Negeri untuk membayar semula ganti rugi tersebut kepada mereka yang telah dinafikannya?

    Bayaran RM7,000.00 kepada setinggan yang dibanci oleh Pihak Berkuasa
    Tempatan (PBT) bukanlah bayaran ganti rugi oleh Kerajaan Negeri terdahulu
    kepada setinggan. Bayaran tersebut merupakan subsidi bayaran rumah kos
    rendah yang dibeli oleh setinggan iaitu daripada harga RM42,000.00 kepada
    RM35,000.00 seunit. Tanggungan subsidi rumah kos rendah tersebut juga
    adalah ditanggung oleh pemaju atau tuan tanah tersebut dan bukannya dibayar
    oleh Kerajaan Negeri. Subsidi rumah kos rendah tersebut akan ditarik semula
    sekiranya setinggan membawa kes ke mahkamah dan keputusan memihak
    kepada pemilik tanah. Walau bagaimanapun, pertimbangan akan diberikan
    semula kepada setinggan tersebut sekiranya mereka menarik semula kes pada
    peringkat awal iaitu sebelum mahkamah memutuskan sebarang keputusan ke
    atas kes tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.