Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012

39) PENEROKA FELDA DI NEGERI SELANGOR

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah langkah - langkah yang telah dan akan diambil oleh Kerajaan Negeri dalam usaha membantu meningkatkan potensi peneroka FELDA di Negeri Selangor termasuk menyediakan perumahan dan peluang baru untuk generasi kedua ?

    Kerajaan Negeri Selangor amat prihatin akan nasib peneroka Felda di Selangor. Langkah segera dan utama ke arah meningkatkan potensi para peneroka Felda ialah dengan menubuhkan satu agensi kerajaan yang dapat membela dan melindungi hak dan nasib para peneroka di

     

    Menubuhkan Sekretariat Task Force Felda Selangor pada tahun

     

    Penubuhan Sekretariat Task Force Felda Selangor pada tahun 2008 telah membuktikan komitmen dan keprihatinan Kerajaan Negeri dalam melindungi hak dan kebajikan peneroka dan menjadi penghubung antara masyarakat dan pemimpin.

     

    Melalui Sekretariat Task Force Felda pelbagai program dan aktiviti telah disusun bagi mendekati masyarakat Felda, contohnya mengadakan Konvensyen Felda peringkat Kebangsaan, dimana konvensyen ini menghimpunkan seramai mungkin para peneroka dan mereka akan didedahkan kepada perkembangan semasa dan menyedarkan mereka akan hak-hak mereka dari segi perundangan dengan tujuan memperkasakan masyarakat

     

    Memberi dan menyebarkan maklumat yang tepat mengenai peranan Kerajaan Negeri dalam menjaga kebajikan rakyat contohnya program TAWAS dan Skim Mesra Usia Emas. Terdapat ramai di kalangan rakyat yang tidak mengetahui akan skim-skim yang dijalankan oleh pihak Kerajaan

     

    • Sekretariat Task Force Felda membantu dalam menyelesaikan permasalahan peneroka contohnya masalah geran dan pemiIikan.,di mana Task Force akan menjadi orang tengah yang membantu para peneroka dalam menangani masalah

     

     

     

    • Membantu dalam mengurangkan kadar masalah sosial di kalangan belia di dalam tanah rancangan melalui aktiviti berkala yang dianjurkan seperti mengadakan ’Bengkel Memantapkan Rohani’ dan Kem Motivasi kepada anak-anak Juga diadakan bengkel memantapkan skil pengurusan di kalangan pelapis pemimpin.

     

    • Antara peranan yang paling diutamakan sekarang ialah dalam mengatasi masalah perumahan bagi generasi kedua Felda. Perumaham mampu milik ini diharap mampu menyelesaikan masalah yang telah lama membelenggu golongan generasi kedua dimana kebanyakan mereka ini sudah berkeluarga tetapi masih menumpang bubapa yang merupakan peneroka asal disana. Kehidupan yang hanya di sekitar tanah rancangan tidak menjanjikan kehidupan yang selesa buat mereka. Pendapatan yang tidak menentu juga menyumbangkan kepada masalah

     

     

    • Menurut data yang telah dikumpul oleh Sekretariat Task ForceFelda, sebanyak 594 permohonan telah diterima untuk mendapatkan rumah mampu milik tersebut di mana rata-rata kalangan mereka bekerja sendiri dan mempunyai pendapatan di antara RM800 hingga

     

    RM 2,000 sebulan. Angka ini masih di bawah aras kemiskinan. Projek perumahan mampu milik ini akan mencari mekanisme yang terbaik untuk menangani masalah kos pembinaan dan kos beli yang perlu ditanggung oleh kedua-dua belah pihak.

     

     

    Langkah masa hadapan

     

    • Antara langkah masa hadapan yang akan diambil ialah dalam memastikan terdapat peluang pekerjaan yang stabil dan mencukupi kepada generasi kedua Felda yang masih menetap di tanah rancangan dengan membuka ladang-ladang baru dan mewujudkan skim peneroka baru. Dengan ini diharap dapat mengeluarkan mereka dari kepompong

     

Lampiran

Tiada Lampiran.