Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

281) PENEROKAAN BIDANG BAHARU

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan sumber dan jumlah pendapatan Kerajaan Negeri yang sedia ada?

    a) Pada masa ini, bagi tujuan mengatasi masalah pendatang asing yang banyak membuka perniagaan di Negeri Selangor, PBT telah membuat ketetapan dasar bahawa PBT tidak melesenkan perniagaan kecil/ sederhana (penjaja) kepada warga asing. Bagi premis-premis PBT seperti gerai dan pasar, mana-mana penyewa yang di dapati menyewakan lesen serta premis kepada warganegara asing akan diambil tindakan penamatan atau pembatalan lesen/permit kepada penyewa serta operasi sitaan barang juga akan dilakukan oleh pihak penguatkuasaan.
    Walaubagaimanapun, bagi permohonan lesen perniagaan, secara dasarnya, mensyaratkan dan berpandukan kepada Perakuan Pendaftaran Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 atau Syarikat yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Maklumat Pemilikan Syarikat, iaitu warga asing yang telah mendaftar syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan mempunyai permit dan visa yang sah untuk menjalankan perniagaan tersebut. Disamping menetapkan jumlah modal berbayar hendaklah tidak kurang dari RM500,000.00

Lampiran

Tiada Lampiran.