Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

56) PENEROKAAN TANAH SECARA HARAM

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah tangkapan yang dilakukan kerajaan negeri kepada peneroka tanah secara haram di Selangor pada tahun 2014?

    Tiada tangkapan yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri kepada peneroka tanah secara haram di Selangor pada tahun 2014. Walau bagaimanapun, Pentadbir Tanah mengambil tindakan seperti meroboh atau memusnahkan struktur bangunan atau tanaman sekiranya terdapat pencerobohan atau penerokaan tanah secara haram selaras dengan Seksyen 426A, Kanun Tanah Negara (KTN) 1965.

Lampiran

Tiada Lampiran.