Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

180) PENETAPAN I-CITY SEBAGAI KAWASAN SEGI TIGA EMAS

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah faktor penetapan I-City sebagai kawasan segi tiga emas?

    Pemajuan kawasan komersial oleh pemaju Tetuan I-City seluas 72 ekar tidak pernah diberi sebarang pengiktirafan sebagai “Segi Tiga Emas” sebagaimana yang didakwa.

     

    Walau bagaimanapun, pihak pemaju Tetuan I-City telah mendapat pengiktirafan persijilan sebagai MSC Malaysia Cybercentre pada 21hb Ogos 2008 oleh Multimedia Super Corridor Malaysia.

     

    Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan 25/2008 yang diadakan pada 27hb Ogos 2008 memaklumkan bahawa D.Y.M.M. Sultan Selangor telah bertitah hanya aktiviti berikut dibenarkan dijalankan di kawasan International Zone yang dipohon oleh I-Berhad (I-City):

     

    1. Teater
    2. Panggung wayang
    • Bowling
    1. Pusat hiburan keluarga
    2. Restoran

     

    Dan larangan terhadap aktiviti berikut:

     

    1. Snuker
    2. Pusat urut
    • Pusat judi
    1. 4D toto
    2. Pusat karaoke dengan perkhidmatan GRO

     

    Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan 17/2010 yang diadakan pada 12 Mei 2010 telah meluluskan komponen dan aktiviti pembangunan I-City Properties Sdn. Bhd. sebagai Zon Antarabangsa seperti berikut:

     

    1. Mewujudkan ‘Technopreneur Campus’ yang beroperasi 24 jam;
    2. Kawasan I-City perlu dikawal dengan sistem keselamatan yang ketat;
    • Sistem kumbahan dan buangan sisa pepejal berkala yang diuruskan oleh I-City;
    1. Bekalan air dan elektrik yang mencukupi dan tidak terganggu termasuk ‘Backup Electrical Supply’;
    2. Kemudahan jalur lebar berkelajuan tinggi dan lain-lain ‘high technology’;
    3. Menerapkan elemen lanskap/ green environmental selaras dengan pembangunan mampan;
    • Mengadakan program-program aktiviti pelancongan, kebudayaan dan night tourism;
    • Mewujudkan Kompleks Hotel yang mempunyai hotel, kedai bebas cukai, pusat hiburan dan pusat penjualan barangan berjenama dengan konsep Boutique Hotel;
    1. Mengadakan shuttle bus dari Pusat Bandar Shah Alam, Klang, Petaling Jaya dan stesen komuter terdekat;
    2. Cukai taksiran/ tanah perlu dijelaskan kepada PBT/ Pejabat Tanah dan Daerah;
    3. Sistem pungutan sampah berjadual oleh I-City;
    • Cadangan permohonan tanah TOL bagi simpanan sungai bagi tujuan program pengindahan dan penghijauan landskap;
    • Cadangan permohonan pertukaran nama Plaza Tol Sungai Rasah kepada Tol I-City;
    • Cadangan permohonan untuk mengubahsuai 60 x 600 kaki persegi lot kos rendah ke 36,000 kaki persegi lot inkubator yang akan disewakan dengan kadar minimum untuk aktiviti IT Retails Entrepreneurs dan ruang pejabat;
    1. Cadangan penukaran nama Low Cost Lot kepada Low Rental Space Raea atau Affordable Rental Space untuk usahawan yang baru memulakan perniagaan menyewa dengan kadar rendah;
    • Menggunapakai Green Building Index dan OKU Friendly;
    • Memperkenalkan konsep Plug and Play dan menjadikan I-City sebagai incubator kepada technopreneur dengan kadar sewaan yang paling minimum; dan
    • Mewujudkan Islamic Financial Hub

     

Lampiran

Tiada Lampiran.