Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

116) PENGAGIHAN WANG ZAKAT

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sebahagian daripada pelajar-pelajar Selangor antaranya yang belajar di Mesir dan guru agama negeri mendapat bantuan zakat didapati tidak telus. Bagaimanakah pengagihan zakat diberi kepada pelajar Selangor di Mesir

    Bagi pelajar baru (sesi 2007) bantuan dermasiswa dimasukkan terus ke dalam
    akaun individu pelajar yang layak.
    Manakala bagi pelajar sebelum sesi 2007 bayaran dilakukan menerusi kaedah
    TT (Telegrafic Transfer’) ke akaun induk negeri Selangor di bawah seliaan
    Kedutaan Malaysia. Seterusnya pihak HEP Selangor akan membuat
    pembayaran melalui cek yang ditandatangani oleh pihak kedutaan kepada
    semua pelajar berkenaan

Lampiran

Tiada Lampiran.