Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018

198) PENGAKTIFAN TANGKI DAN KOLAM TERBENGKALAI

Tahun: 2018

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Senaraikan pencapaian Air Selangor dalam usaha pengaktifan semula kolam dan tangki yang terbengkalai sebelum ini bersama dengan kos yang terbabit mengikut daerah masing-masing.

    1. Air Selangor telah mengenalpasti 144 buah Kolam Air dan 54 buah Rumah Pam yang tidak digunakan semasa pengambilalihan SYABAS. Air Selangor telahpun membuat perancangan untuk membaikpulih sebanyak 198 buah kolam air dan rumah pam sediada dengan kapasiti keseluruhan sebanyak 278.65 juta liter sehari (JLH) secara berperingkat dari tahun 2017 sehingga 2026 (10 tahun).

     

    Bagi 3 tahun pertama, perancangannya adalah seperti berikut:

     

    • Tahun 2017: Kerja-kerja pembaikpulihan 21 unit kolam air dan rumah pam tahun sebanyak RM20

     

    • Tahun 2018: Kerja-kerja pembaikpulihan 15 unit kolam air dan rumah pam sebanyak RM10.6 juta.

     

    • Tahun 2018/2019: Kerja-kerja pembaikpulihan 23 unit kolam air dan rumah pam sebanyak RM16.8

     

     

     

    Senarai lokasi bagi pembaikpulihan bagi 21 unit Kolam Air dan Rumah Pam yang sedang dilaksanakan dan dijangka siap sepenuhnya pada penghujung tahun 2018 mengikut daerah adalah seperti berikut:

     

    No. Kolam Air / Kolam Sedut / Rumah Pam Daerah
    1 Kolam Hawthorden Gombak
    2 Tangki Menara Seksyen 15 Bandar Baru Bangi Hulu Langat
    3 Tangki Menara Dusun Nanding Hulu Langat
    4 Tangki Menara Kesuma Baiduri Hulu Langat
    5 Kolam Air Sg Choh Hulu Selangor
    6 Kolam Menara MIEL Batang Kali Hulu Selangor
    7 Rumah Pam Alam Impian Klang
    8 Kolam Sedut Alam Impian Klang
    9 Kolam Menara Alam Impian Klang
    10 Kolam Seksyen 13B Klang
    11 Kolam Menara PKNS Taman Sri Putra Kuala Langat
    12 Kolam Air Bukit Tampoi Kuala Langat
    13 Kolam Sedut Pulau Carey Kuala Langat
    14 Kolam Imbangan Bukit Sentul Kuala Lumpur
     

    15

    Rumah Pam, Kolam Sedut & Menara Tmn

    Dagang

     

    Kuala Lumpur

    16 Kolam Air Desa Petaling Petaling
    17 Kolam Sedut Kosmopleks Sepang
    18 Kolam Menara Kosmopleks Sepang
    19 Kolam Sedut Putra Prima Sepang
    20 Kolam Menara Putra Prima Sepang
    21 Kolam Air WR4 Putrajaya Sepang

     

     

    Program Pemuliharaan Semula Kolam Air dan Rumah Pam Yang Tidak Digunapakai oleh Air Selangor.

     

     

     

    Program pemuliharaan rangkaian bekalan air merupakan program jangka sederhana yang mengambil masa tempoh 10 tahun merangkumi tiga (3) fasa pengoperasian.

     

     

     

    Dalam tempoh 10 tahun ini, dianggarkan sebanyak 5.7% (893 Juta Liter) daripada pengguna yang mempunyai kapasiti simpanan kurang daripada 1 hari akan memperolehi kapasiti simpanan tambahan melebihi 1 hari. Kenaikan kapasiti simpanan ini dapat mengurangkan gangguan bekalan air tidak berjadual, dan seterusnya menjamin keselesaan pengguna dengan bekalan air yang berterusan.

     

     

     

    Untuk makluman, Air Selangor mempunyai 2,224 aset yang terdiri daripada 1,573 buah kolam dan 651 buah rumah pam. Sehingga kini, sebanyak 59 buah kolam dan rumah pam telah dikenalpasti untuk dibuat pemuliharaan seperti ditunjukkan dalam Jadual 1.

     

     

     

    Jadual 1:Peruntukan Belanjawan dan Status Perlaksanaan Kerja 2017 & 2018

     

     

     

     

    No Program/ Projek Kuantiti (Nos) Wilayah Terlibat Kos (RM) Status
    1 Rehabilitation unused reservoir & pump house – Package 1 – 6 21 Pakej 1 Kuala Lumpur Gombak Klang

     

     

    Pakej 2

     

    Kuala Lumpur

    20 juta Pakej 1

     

    Telah    dianugerahkan pada 10/10/2017

     

     

     

    Pakej 3

     

    Telah    dianugerahkan pada 11/12/2017

     

    No Program/ Projek Kuantiti (Nos) Wilayah Terlibat Kos (RM) Status
          Hulu Selangor   Pakej 2 & 4
      Telah    dianugerahkan pada 12/12/2017
    Pakej 3  
    Hulu Langat  
      Pakej 5
    Kuala Langat  
      Telah    dianugerahkan pada 21/11/2017
    Pakej 4  
    Klang Pakej 6
    Sepang Telah    dianugerahkan pada 15/11/2017
    Hulu Langat  
     

     

    Pakej 5

     

    Dijangka semua pakej ini akan siap pada Disember 2018.

    Klang  
    Kuala Lumpur  
    Petaling  
    Pakej 6  
    Sepang  
     

     

    2

     

     

    Rehabilitation unused reservoir & pump house – Package 7 – 11

     

     

    15

     

    Kuala Lumpur Hulu Langat

     

     

    10 juta

     

     

    Tender telah dibuka pada 23/01/2018

          Gombak    
           

    Petaling

      Pakej 7-11 akan dianugerahkan pada bulan April 2018.

     

    No Program/ Projek Kuantiti (Nos) Wilayah Terlibat Kos (RM) Status
              Dijangka Siap pada Mac 2019
     

     

    3

     

     

    Rehabilitation unused reservoir & pump house (2018)

     

     

    23

     

     

    Klang

     

    Hulu Langat Sepang Kuala Langat Petaling

     

     

    16.83 juta

     

     

    Dalam peringkat penilaian, rekabentuk dan dokumen tender

     

     

     

    Dijangka akan ditender pada bulan Julai 2018.

     

     

     

    Dijangka Siap pada September 2019

    Jumlah 59   46.83 juta  

Lampiran

Tiada Lampiran.