Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009

231) PENGAMBILALIHAN INDUSTRI AIR

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perkembangan terbaru rundingan pengambilalihan industri air di Selangor dan sama ada kerajaan berhasrat untuk mengekalkan tawaran harga sebelum ini untuk meneruskan rundingan?

    Memandangkan SYABAS dan Puncak tidak bersetuju menerima tawaran Kerajaan Negeri Selangor, Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Tenaga Teknologi Hijau dan Air (KTTHA) berpandangan bahawa Kerajaan Negeri Selangor tidak dapat memuktamadkan penstrukturan semula industri perkhidmatan air mengikut Model Negeri Selangor.  Lanjutan dari itu, KTTHA telah memaklumkan bahawa Jemaah Menteri telah bersetuju supaya satu Model alternatif diguna pakai dalam melaksanakan penstrukturan semula ini.  Melalui Model alternatif ini, nilai yang akan ditawarkan kepada Syarikat Konsesi adalah lebih rendah kerana nilaian yang akan dibuat  tidak mengambil kira elemen pulangan keuntungan sebanyak 12%.  Walau bagaimanapun, Model alternatif ini masih lagi di peringkat rundingan Jawatan Kuasa Penstrukturan semula Industri Perkhidmatan Air yang diketuai oleh KTTHA di mana Kerajaan Negeri Selangor adalah merupakan ahli di dalamnya.

Lampiran

Tiada Lampiran.