Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009

198) PENGAMBILALIHAN INDUSTRI AIR

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perkembangan terbaru rundingan pengambilalihan industri air di Selangor dan sama ada kerajaan berhasrat untuk mengekalkan tawaran harga sebelum ini untuk meneruskan rundingan?

    Beberapa siri rundingan dengan keempat-empat Pemegang Konsesi Air telah diadakan. Surat Tawaran telah dikeluarkan kepada semua Pemegang Konsesi Air.  Secara dasarnya sehingga 25 Jun 2009,  SPLASH dan ABASS bersetuju untuk menerima nilai yang ditawarkan oleh Kerajaan Negeri.  Nilai tawaran baru yang telah ditawarkan kepada Pemegang Konsesi adalah tidak lebih dari RM9.3bilion yang mana ia adalah termasuk nilaian aset, nilaian ekuiti dan liabiliti Pemegang Konsesi yang berkaitan khusus dengan perkhidmatan air sahaja berdasarkan kepada Audited Account pada Disember 2008 dan anggaran yang dibuat setakat 30 Jun 2009.

Lampiran

Tiada Lampiran.