Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

13 Julai 2020 - 16 Julai 2020

99) PENGAMBILALIHAN IWK SELANGOR OLEH AIR SELANGOR

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. SOP IWK merawat air kumbahan dikatakan masih pada tahap yang lebih rendah berbanding penarafan Air Selangor. Apakah statusnya sekarang?

    Sistem Loji Rawatan Kumbahan (LRK) sediada telah dibina oleh pihak pemaju pembangunan dan perlu mengikut garispanduan:

    1. Guidelines For Developers Sewerage Treatment Vol. IV 2nd Edition dikuatkuasakan oleh Jabatan Perkhidmatan Pembetungan, Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan bermula Januari 1999.
    2. Malaysian Sewerage Industry Guidelines Vol IV 3rd Edition oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara bermula Januari 2009.

     

    Rekabentuk bagi setiap pembinaan Sistem LRK adalah bergantung kepada tarikh kelulusan dan pembinaan loji rawatan tersebut dan ianya terbahagi kepada 3 kategori:

    i. Para (ii)

    Loji-Loji yang diluluskan pembinaan sebelum Januari 1999.

    ii. Para (iii)

    Loji-Loji yang diluluskan pembinaan selepas Januari 1999 dan sebelum tahun 2009.

    iii. Para (i)

    Loji Rawatan Kumbahan baru iaitu selepas 10 Disember 2009.

    Kecekapan dan standard pematuhan adalah berdasarkan rekabentuk yang telah diluluskan. Rekabentuk LRK bagi kategori Para (i) adalah mematuhi piawaian terkini.

    Manakala bagi loji rawatan kumbahan bagi Kategori Para. (ii)  dan Para (iii) memerlukan penaiktarafan sistem dan seterusnya peruntukan dana dari Kerajaan Persekutuan.

    Status terkini bagi  penaiktarafan semua LRK yang terletak di bahagian hilir LRA di seluruh Malaysia adalah sebanyak 644 loji dengan melibatkan kos sebanyak RM142.8 juta. Di Negeri Selangor jumlah LRK  yang terlibat adalah sebanyak 119. Kini, proses rekabentuk dan tender sedang dilaksanakan dan kerja kerja penaiktarafan ini akan di jangkakan siap pada 31 Mac 2022.

Lampiran

Tiada Lampiran.