Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

222) PENGAMBILALIHAN PENGURUSAN AIR SELANGOR OLEH KERAJAAN NEGERI

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan manfaat yang diperolehi oleh rakyat Selangor berikutan pengambilalihan pengurusan air Selangor oleh kerajaan negeri daripada syarikat-syarikat konsesi sebelum ini. Adakah jaminan bahawa tarif air tidak akan meningkat.

    Sebagai makluman, terdapat empat kaedah penyaluran peruntukan yang dibenarkan di bawah Garis Panduan Tatacara Pengurusan Pemberian Penyenggaraan Jalan Negeri (MARRIS) iaitu secara Surat Kelulusan Berbelanja, secara Jurnal, secara Direct Grant dan secara Waran. Pada ketika ini, Kerajaan Negeri menyalurkan peruntukan secara Jurnal bagi tiga agensi pelaksana kerana agensi-agensi tersebut menggunakan sistem perakaunan yang sama iaitu Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Pengairan dan Saliran

     

    (JPS) dan Pejabat Daerah / Tanah. Manakala, peruntukan disalur secara Direct Grant kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) kerana agensi tersebut menggunapakai sistem perakaunan yang berasingan. Kesemua agensi pada asasnya boleh memanfaatkan Siling Peruntukan MARRIS yang diberi secara tahunan untuk bertindak cepat terhadap aduan yang diterima. Di dalam hal ini, agensi yang tidak mempunyai peruntukan yang mencukupi hendaklah mengemukakan permohonan kepada pihak Perbendaharaan Negeri untuk dipertimbangkan. Justeru, isu peruntukan kewangan tidak seharusnya menjadi satu alasan untuk lewat mengambil tindakan terhadap permasalahan yang menjadi kegusaran rakyat.

Lampiran

Tiada Lampiran.