Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

136) PENGAMBILAN BALIK TANAH KERAJAAN

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Terdapat banyak tanah kerajaan yang digazettekan untuk kemudahan awam seperti untuk hospital, sekolah, balai polis, balai bomba dan sebagainya. Adakah kerajaan negeri akan mengambil balik tanah yang telah digazettekan tersebut sekiranya kerajaan persekutuan tidak mempunyai rancangan untuk membangunkan tapak tersebut? Adakah sebarang tarikh luput bagi pembangunan di tapak tersebut?

    Merujuk kepada Perkara 85(3) Perlembagaan Persekutuan, jika mana-mana tanah di sesuatu negeri dirizabkan bagi apa-apa maksud persekutuan, maka Kerajaan Persekutuan boleh menawar untuk melepaskan tanah itu kepada negeri dengan syarat bahawa negeri itu membayar kepada persekutuan nilai pasaran dan amaun bagi apa-apa pemajuan yang dilakukan semasa tanah itu digunakan bagi maksud-maksud persekutuan dan amaun jika ada yang telah dibayar oleh persekutuan atau yang telah dibayar sebelum Hari Merdeka oleh Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu berkenaan dengan kos pengambilan apa-apa kepentingan mengenai tanah itu oleh Kerajaan Negeri dan jika Kerajaan Negeri itu setuju menerima tawaran itu, maka tanah itu terhenti menjadi rizab.

    Bagi tujuan pembangunan tanah-tanah rizab tersebut, tiada sebarang tarikh luput ditetapkan di atas tanah yang telah diwartakan atau diberimilik kepada Kerajaan Persekutuan.

    Sehubungan itu, bagi menjaga kepentingan tanah-tanah yang diserahkan kepada Kerajaan Persekutuan bagi tujuan awam seperti balai polis, hospital dan sekolah, Kerajaan Negeri baru-baru ini telah menetapkan supaya memasukkan ‘Sekatan Kepentingan’ dalam hakmilik tersebut agar Syarat Nyata Tanah dipatuhi mengikut tujuan kemudahan awam seperti yang telah diluluskan sahaja.

Lampiran

Tiada Lampiran.