Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

111) PENGAMBILAN TANAH BAGI SURAU AT TAQWANIAH DI KAMPUNG PAYA JARAS HULU

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bilakah pihak JAIS akan menyelesaikan pembayaran pembelian tanah Surau At Taqwaniah yang telah diluluskan oleh Exco yang lepas?

    Perbicaraan Pengambilan Tanah bagi Tujuan Tapak Surau Al-Taqwaniah, Kampung Paya Jaras, Mukim Sungai Buloh, Daerah Petaling telah diadakan pada 7 Jun 2018 dan pihak pemilik tanah telah bersetuju dengan tawaran yang telah dikemukakan oleh Pentadbir Tanah Daerah Petaling. Pembayaran pampasan bagi tujuan tersebut telahpun diproses dan dijangka dapat dibayar kepada pemilik tanah pada bulan September.

Lampiran

Tiada Lampiran.