Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

232) PENGAMBILAN TANAH RIZAB MELAYU UNTUK PROJEK LEBUHRAYA PANTAI BARAT (WCE)

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah keluasan pengambilan tanah status rizab Melayu sepanjang jajaran WCE di Selangor?

    1. Jumlah keluasan Tanah Rizab Melayu (TRM) yang terlibat dengan jajaran Lebuhraya Banting – Taiping di Negeri Selangor adalah seluas 8125 hektar. Daerah yang terlibat adalah Kuala Langat, Klang dan Kuala Selangor.  Penggantian telah dibuat di daerah yang sama selaras dengan Pekeliling Pejabat Tanah dan Galian Selangor Bilangan 3/2015.  Pecahan Tanah Rizab Melayu yang terlibat dengan jajaran ini adalah seperti di jadual di bawah :-
    Bil Daerah Luas TRM terlibat (hektar)
    1 Kuala Langat 43.5353
    2 Klang 9.0269
    3 Kuala Selangor 57.2503
    Jumlah 109.8125

     

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.