Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

30 Oktober 2020 - 12 November 2020

50) Pengampunan Sementara Untuk Peniaga Tanpa Lesen

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Adhif Syan Bin Abdullah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. COVID19 telah menyebabkan ramai terpaksa mencari pendapatan melalui perniagaan makanan. Adakah negeri bercadang untuk memberi pengampunan sementara kepada para peniaga tidak berlesan serta membantu mereka mendapatkan lesen & bantuan khas lain?

    YB Tuan Speaker, izinkan saya menjawab soalan bersekali dengan soalan no 152 dari YB Sementa memandangkan kedua-dua soalan berkaitan bantuan Kerajaan Negeri dalam membantu penjaja kecil.

    Kerajaan Negeri melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Selangor ke 32/2020 pada 2 September 2020 telah bersetuju meluluskan insentif pemberian Lesen Penjaja Sementara Pasca Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Negeri Selangor. Melalui insentif ini, proses permohonan lesen penjaja sementara akan dipermudah dan dipercepatkan. PBT akan berusaha membantu mengenal pasti tapak-tapak baru yang bersesuaian bagi mewujudkan lebih banyak peluang kepada yang ingin berniaga. Insentif ini juga memberi kelonggaran untuk PBT mempertimbangkan permohonan perniagaan penjaja di hadapan rumah, namun akan diteliti semula sekiranya terdapat aduan kacau ganggu dan halangan laluan awam. Tempoh bagi kelulusan Lesen Penjaja Sementara Pasca PKP Negeri Selangor adalah sehingga 31 Disember 2021 mengikut kaedah PBT masing-masing.

Lampiran

Tiada Lampiran.