Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

13 Julai 2020 - 16 Julai 2020

33) PENGANGGURAN

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Pekerjaan

Adun: Y.B. Tuan Halimey Bin Abu Bakar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri mempunyai cadangan/perancangan/program/insentif bagi menangani isu pengangguran yang semakin bertambah terutamanya selepas pandemik Covid19 yang masih belum selesai?

    i. Sasaran Kerajaan Negeri tahun 2019 adalah untuk menurunkan kadar pengangguran kepada 2.5%.

    ii. Untuk makluman Dewan, kadar pengangguran di negeri Selangor telah menurun seperti berikut:

    TAHUN KADAR PENGANGGURAN (15 HINGGA 64 TAHUN),%
    2017 3.2%
    2018 3.0%
    2019 2.4%

    Sumber: Survei Tenaga Buruh, 2017-2019, Jabatan Perangkaan Malaysia

    iii. Kejayaan ini adalah hasil kesungguhan Kerajaan Negeri untuk memberi peluang pekerjaan yang berkualiti kepada rakyat Selangor.

    iv. Namun, pandemik COVID-19 telah melumpuh ekonomi dunia termasuk Malaysia. Untuk pengetahuan semua unjuran kadar pengangguran yang direkodkan di Malaysia akibat Wabak COVID-19 adalah setakat bulan Mei 2020: Kerajaan Malaysia 5.5%

    v. Bilangan golongan generasi muda Selangor adalah 3 juta, dan daripada jumlah ini penganggur siswazah menyumbang sebanyak 29.3% atau 879,000 belia.

    vi. Berikut adalah kategori penganggur belia:

    Usia (Tahun) Kadar pengangguran (%)
    15 – 30 6.9%
    31 – 45 1.4%
    46 – 64 1.1%

    Sumber: Tenaga Buruh, Jabatan Perangkaan.

    vi. Kerajaan Negeri mensasarkan unjuran kadar pengangguran di bawah 4.2% berdasarkan kadar pengangguran semasa Malaysia sebanyak 5.5% seperti diumumkan Perdana Menteri Malaysia pada 5 Jun 2020.

    vii. Antara inisiatif yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri bagi menanggani isu pengangguran yang semakin bertambah terutamanya selepas pandemik COVID 19 di Selangor ialah dengan mengadakan program – program seperti berikut:

    a) Program Roda Darul Ehsan (RiDE)

    • Melalui program Inisiatif Roda Darul Ehsan (RiDE) yang diperkenalkan oleh YAB Dato’ Menteri Besar pada sidang Belanjawan Selangor 2020, Kerajaan Negeri bercadang untuk mengadakan kerjasama dengan syarikat-syarikat ‘e-hailing’ seperti GRAB, Food Panda, La La Move atau Mat Despatch yang bakal memberi peluang pekerjaan di dalam ‘ekonomi gig’ kepada hampir 2,500 anak muda dan graduan di seluruh Selangor terutama golongan yang layak.
    • Syarikat- syarikat ‘e-hailing’ ini akan membimbing peserta supaya lebih efektif dan cekap dalam melakukan kerja penghantaran kepada pelanggan-pelanggan mereka melalui modul-modul latihan yang dibekalkan oleh syarikat ‘e-hailing’. Ia juga dapat membantu syarikat-syarikat yang memerlukan tenaga kerja khususnya di tahap kritikal dengan mendahulukan penglibatan dalam kalangan warga tempatan.

     

    b) Program Selangor Job Fair

    • Sasaran Kerajaan Negeri untuk Program Selangor Job Fair pada tahun 2020 adalah untuk menurunkan serendah mungkin kadar pengangguran negeri.
    • Kali ini program Selangor Job Fair akan digerakkan ke peringkat daerah melalui pelaksanaan Jelajah Karnival Kerjaya Selangor. Pada 15 Mac 2020, Kerajaan Negeri telah merancang untuk mengadakan Jobvaganza di Bukit Melawati dengan lebih 1,000 peluang pekerjaan ditawarkan. Namun, program terpaksa ditunda akibat wabak COVID 19.
    • Kali ini, Kerajaan Negeri terpaksa menggunakan pendekatan digital untuk mengawal pergerakan pencari kerja serta untuk tujuan penjarakan sosial. Satu SOP telah dibangunkan oleh Kerajaan Negeri di mana pencari kerja hanya menggunakan web bagi mendaftar dan mendapat slot untuk hadir pada sesi temuduga di Program Jobfair pada tarikh dan masa yang ditetapkan.
    • Kali ini juga Kerajaan Negeri akan menghimpunkan syarikat – syarikat yang menawarkan peluang pekerjaan lebih-lebih lagi syarikat yang menawarkan pekerjaan berkonsepkan ‘ekonomi gig’ yang semakin mendapat tempat dalam kalangan Generasi Muda di Selangor.
    • Kerajaan Negeri juga merancang untuk mengadakan siri jelajah karnival kerjaya ke semua daerah di Selangor.
    • Pihak kerajaan akan mengadakan jaringan kerjasama dengan pelbagai pihak seperti PERKESO untuk melaksanakan program – program bagi memastikan kadar pengangguran dapat dikurangkan lagi dan kebolehpasaran anak muda atau graduan dapat dipertingkatkan.
    • vii. Di bawah skim PenjanaKerjaya, PERKESO menawarkan insentif pengambilan pekerja sebanyak RM600 sehingga ke tempoh 6 bulan terpakai untuk majikan yang mengambil pekerja secara perantisan. Selain itu, PERKESO menawarkan insentif sebanyak RM800 sehingga RM1,000 sebulan sehingga ke tempoh 6 bulan, dan latihan adalah terpakai kepada majikan yang menggajikan pencari kerja tempatan termasuk Orang Kelainan Upaya (OKU).
    • viii. Kerajaan Negeri juga menerima tawaran lisan daripada Presiden MTUC,    Datuk Abdul Halim Mansor yang juga Pengerusi GIATMARA untuk menggunakan fasiliti GIATMARA di Selangor bagi tujuan program upskilling dan reskilling.

     

    c) Program Youth Economy : Smart Selangor Programme (YESS)

    • Program YESS adalah satu program khas yang akan dilaksanakan oleh Menteri Besar Incoprorated (MBI) yang akan memberi peluang 10,000 peluang pekerjaan dalam tempoh 3 tahun yang menitikberatkan peningkatan kemahiran tenaga kerja (Upskilling) melalui program latihan kemahiran dan penempatan pekerjaan, pembangunan laluan kerjaya digital industri aeroangkasa serta pembangunan platform pengurusan bakat dan tenaga kerja.

     

    d) Program Inisiatif Kemahiran Teknikal dan Iktisas Smart Selangor (IKTISASS)

    • Melalui pelaksanaan program Inisiatif Kemahiran Teknikal dan Iktisas Smart Selangor (IKTISASS), Kerajaan Negeri telah mengadakan kerjasama strategik dengan sektor industri bagi memastikan kebolehpasaraan belia seiring dengan kehendak industri dengan menawarkan kursus seperti aerospace industrial immersion, aerospace skilled, jurukimpal dan perantis MRO iaitu bidang penyelenggaran pesawat.

     

    e) KPS Entrepreneurship Development Programmes

    • Program latihan kemahiran keusahawanan atau KPS Entrepreneurship Development Programmes dilaksanakan oleh Kumpulan Peransang Selangor Berhad bertujuan untuk membantu golongan yang belum mendapat pekerjaan dalam mempertingkatkan pengetahuan dengan menyediakan latihan kemahiran dan bimbingan berterusan untuk membantu mereka menjana pendapatan bulanan melebihi RM1,000.00 dan meningkatkan status ekonomi mereka.

     

    f) Inisiatif Foreign to Local

    • Kerajaan Negeri menerusi Selangor Human Resource Development Centre (SHRDC) akan bekerjasam dengan industri pembuatan swasta untuk melatih dan memberi pekerjaan kepada warga tempatan. Ini adalah inisiatif kerajaan untuk mengurangkan kadar kebergantungan kepada pekerja asing.

Lampiran

Tiada Lampiran.