Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

13 Julai 2020 - 16 Julai 2020

116) PENGANGGURAN

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Pekerjaan

Adun: Y.B. Tuan Mazwan Bin Johar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah bilangan pekerja yang diberhentikan kerja di Selangor mengikut sektor akibat daripada kemuncupan ekonomi disebabkan wabak Covid-19?

    Berdasarkan rekod Jabatan Tenaga Kerja, bilangan pekerja di Selangor yang terlibat mengikut sektor adalah seperti berikut:-

    SEKTOR PEKERJA TERLIBAT
    Aktiviti hartanah 120
    Aktiviti kesihatan kemanusiaan dan kerja sosial 222
    Aktiviti kewangan dan insuran/takaful 83
    Aktiviti pentadbiran dan khidmat sokongan 948
    Aktiviti perkhidmatan lain 66
    Aktiviti profesional, saintifik dan teknikal 391
    Bekalan air; pembetungan, pengurusan sisa dan aktiviti pemulihan 142
    Bekalan Elektrik, gas, wap dan pendingin udara 19
    Kesenian, hiburan dan rekreasi 146
    Maklumat dan komunikasi 414
    Pembinaan 76
    Pembuatan 1621
    Pendidikan 37
    Pengangkutan dan Penyimpanan 104
    Penginapan dan aktiviti perkhidmatan makanan dan minuman 636
    Pentadbiran awam dan pertahanan; aktiviti keselamatan sosial wajib 320
    Perdagangan borong dan runcit, pembaikan kenderaan bermotor dan motosikal 522
    Perlombongan dan Pengkuarian 160
    Pertanian, Perhutanan dan Perikanan 69
    JUMLAH 6,096

Lampiran

Tiada Lampiran.