Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009

201) PENGANGGURAN

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Pekerjaan

Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah jumlah pengangguran mengikut komposisi kaum di kalangan rakyat Negeri Selangor?

    Melalui data daripada Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Selangor, jumlah pemberhentian pekerja di Selangor daripada 1 Januari 2009 hingga 30 Oktober 2009 adalah seramai 5,439 orang yang terdiri daripada 4,003 pekerja tempatan manakala baki 1,436 adalah pekerja asing.

     

    Daripada 4,003 pekerja tempatan, seramai 2,117 adalah pekerja lelaki dan 1,886 adalah pekerja perempuan, manakala bagi 1,436 pekerja asing yang terlibat, 456 adalah pekerja lelaki dan 980 adalah pekerja wanita.

     

    Sektor pembuatan merekodkan jumlah tertinggi pemberhentian pekerja iaitu seramai 2,774 orang diikuti oleh sektor perkhidmatan seramai 792 orang. Berikut adalah statistik pemberhentian pekerja mengikut sektor :

     

    Pemberhentian Pekerja Di Negeri Selangor Mengikut Sektor Ekonomi

    BIL SEKTOR JUMLAH
    1. SEKTOR UTAMA

    Pertanian, Pemburuan dan Perhutanan

     

    5

      Perlombongan dan Kuari 48
      Jumlah Sektor Utama 53
    2. SEKTOR PERINDUSTRIAN Pembuatan  

    2774

      Pembinaan 219
      Jumlah Sektor Perindustrian 2,993
    3. SEKTOR PERKHIDMATAN

    Bekalan Elektrik, Gas dan Bekalan Air

    Perdagangan Borong dan Runcit, Kenderaan Bermotor, Motosikal,

    Barangan Persendirian, Isi Rumah

    Hotel dan Restoran

    Pengangkutan, Penyimpanan dan Komunikasi

    Kewangan

     

    150

    363

    48

    193

    15

      Aktiviti Hartanah, Penyewaan dan Perniagaan 739
      Jumlah Perkhidmatan 1,508
    4. PERKHIDMATAN LAIN

    Pentadbiran dan Pertahanan Awam, Keselamatan dan Sosial Wajib

    Kesihatan dan Kerja Sosial

     

    90

    3

      Aktiviti Perkhidmatan Komuniti, Sosial dan Persendirian Lain 792
      Jumlah Perkhidmatan Lain 885
      JUMLAH 5,439

    Sumber: Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Selangor

     

    Walau bagaimanapun, jumlah pemberhentian ini tidak dapat dikategorikan mengikut komposisi kaum, melainkan dikategorikan mengikut sektor sahaja.

Lampiran

Tiada Lampiran.