Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

202) PENGANGGURAN DI SELANGOR

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Pekerjaan

Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah belia yang menganggur di Selangor dari tahun 2008 hingga kini?

    Klasifikasi belia yang digunapakai oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) adalah berasaskan kepada Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO). Menurut ILO, belia merujuk kepada mereka yang berumur 15 hingga 24 tahun (dalam tahun genap pada hari jadi terakhir) semasa minggu rujukan.

    Sehubungan ini, bilangan belia menganggur bagi tahun 2008-2013, adalah seperti berikut:

    Jadual 1: Bilangan belia yang menganggur (15-24), Negeri Selangor 2008-2013

    Tahun Jumlah (‘000)
    2008 31.7
    2009 36.2
    2010 45.4
    2011 30.8
    2012 30.3
    2013 30.9
    Jumlah 205.3

    Sumber : 1 Penyiasatan Tenaga Buruh, Jabatan Perangkaan Malaysia.

    Nota:

    Konsep dan definisi yang digunapakai dalam Penyiasatan Tenaga Buruh adalah berdasarkan garis panduan International Labour Office (ILO) iaitu Manual on concepts and methods of surveys of economically active population, employment, unemployment and underemployment.

Lampiran

Tiada Lampiran.