Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012

20) PENGANGGURAN PARA BELIA

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Pekerjaan

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan bagi mengatasi masalah tersebut?

    Pentadbiran Kerajaan Negeri di bawah Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan telah mengambil langkah proaktif dalam merancang dan melipatgandakan usaha bagi mencapai peningkatan minda dan tahap kesedaran serta meminimumkan kadar pengangguran di kalangan masyarakat Negeri Selangor.

    Oleh itu, bermula tahun 2009 Kerajaan Negeri telah melaksanakan program yang menyediakan peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat terutamanya golongan belia iaitu Program Jom Kerja yang telah diadakan di semua daerah di Negeri Selangor dengan pencapaian seramai 2,611 pemohon yang berjaya di temuduga. Maklumat  mengenai pencapaian Program Jom Kerja adalah seperti berikut :

    Jumlah Pemohon Pemohon Yang
    Bil Daerah Tarikh Program Syarikat Yang Berjaya
    Terlibat Berdaftar Ditemuduga
    (Orang) (Orang)
    1. Sabak Bernam dan Kuala Selangor 7 – 8 Nov 2009 20 buah 1,078 480
    Jumlah Pemohon Pemohon Yang
    Bil Daerah Tarikh Program Syarikat Yang Berjaya
    Terlibat Berdaftar Ditemuduga
    (Orang) (Orang)
    2. Kuala Langat 14 – 15 Dis 2009 16 buah 1,672 670
    3. Klang 9 – 10 Jan 2010 29 buah 2,060 886
    4. Petaling 3 – 4 April 2011 22 buah 400 187
    5. Hulu Selangor 18 April 2010 20 buah 141 81
    6. Sepang 9 Okt 2010 10 buah 211 137
    7. Hulu Langat 13 Nov 2010 8 buah 144 118
    8. Gombak 27 Nov 2010 9 buah 107 52
    9. Kuala Langat 18 Jun 2011 11 buah 70 31
    Jumlah 5,883 2,642

    Program ini juga telah berjaya membuka peluang dan memberi pendedahan kepada warga tempatan khususnya kepada mereka yang hadir pada program tersebut berkenaan perkara berikut :

    • Khidmat nasihat dan keperluan semasa menghadiri sesi temuduga; dan
    • Mendapat pengalaman serta mengetahui cara bagaimana sesi temuduga dijalankan.

    Berdasarkan statistik bermula dari tahun 2009 hingga 2011 seramai 2,642 pemohon telah berjaya ditemuduga dan ditawarkan pekerjaan oleh syarikat syarikat terlibat.

    Kerajaan Negeri juga telah menganjurkan beberapa program kerjaya khusus untuk  belia bagi memberikan pendedahan mengenai peluang – peluang perniagaan yang boleh diceburi serta maklumat – maklumat bantuan kewangan.

    Melalui geran selangorku, Kerajaan Negeri telah menyediakan peruntukan bantuan perniagaan bagi membantu belia-belia yang berpotensi dalam bidang berkenaan terutamanya bekas-bekas pelajar INPENS.

    Selain itu, pihak kerajaan dengan kerjasama Kumpulan Peransang Selangor Berhad telah melaksanakan Program Ransangan Kerjaya Siswazah Selangor (RKSS) bertujuan untuk membantu para siswazah Selangor yang masih belum mendapat pekerjaan dalam mempertingkat pengetahuan dengan menyediakan kursus – kursus kemahiran umum dan khusus.

Lampiran

Tiada Lampiran.