Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010

171) PENGANGKUTAN AWAM

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status kajian pengangkutan awam di Negeri Selangor?

    Kajian Pengangkutan Awam di Negeri Selangor merupakan salah satu Pakej
    Rangsangan Ekonomi Kerajaan Negeri Selangor. Antara langkah yang diambil adalah
    Memperluaskan Sistem Pengangkutan Awam di Negeri Selangor secara lebih
    menyeluruh diberikan tumpuan khusus di dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Kerajaan
    Negeri Selangor. Antara program penting yang menjadi teras adalah seperti berikut :
    i. Memastikan pengukuhan sistem pengangkutan awam di Negeri Selangor dapat
    meningkatkan kualiti hidup masyarakat.
    ii. Modal Split dari 90:10 ke 50:50.
    iii. ‘One Hour Public Transport Model’
    iv. Cadangan sambungan LRT Laluan Ampang dan LRT Laluan Kelana Jaya.
    i. Menyambung Laluan LRT dari Kelana Jaya ke Klang dan Laluan Kota Damansara
    ke Kajang.
    v. Terminal pengangkutan Awam Bersepadu (Bas, Teksi, LRT diintegrasikan dalam
    terminal pengangkutan awam seperti di Bandar Tasik Selatan, Taman Melati dan
    Sungai Buloh).
    vi. Menambah penyediaan sistem pengangkutan ke seluruh kawasan dalam Negeri
    Selangor.
    vii. Menambah perkhidmatan ‘bas henti-henti’ antara bandar dalam Negeri Selangor.
    viii. Cadangan Priority Bus Lane.
    ix. Cadangan Water Base Public Transport dari Muara Sungai Klang melalui Bandar
    Klang MPK, MBSA sehingga ke MPSJ.
    Sehingga kini, kajian pengangkutan awam yang sedang dijalankan secara khususnya
    adalah Projek Cadangan sambungan LRT Laluan Ampang (AMG) dan LRT Laluan
    Kelana Jaya (KLJ). Projek ini akan dibina oleh Syarikat Prasarana Negara Berhad
    (SPNB).
    Sambungan LRT Laluan Ampang sepanjang 17.7 km akan bermula dari Stesen Sri
    Petaling sedia ada dan berakhir di Puchong/USJ – Bandar Putra Heights. Bagi
    sambungan LRT Laluan Kelana Jaya sepanjang 17 km akan bermula dari Stesen
    Kelana Jaya dan berakhir di Puchong/USJ – Bandar Putra Heights. Daripada 26 stesen,
    sebanyak 13 stesen akan disediakan kemudahan ‘Park & Ride’ dengan disediakan
    tempat letak kereta keseluruhan berjumlah 5,872.

Lampiran

Tiada Lampiran.