Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009

232) PENGANGKUTAN AWAM

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk menambah baik pengangkutan awam di negeri Selangor terutamanya di kawasan bandar di Lembah Klang terutamanya Petaling Jaya, Subang Jaya, Shah Alam dan Klang?

    Selaras dengan Pakej Rangsangan Ekonomi Negeri Selangor dalam menambah baik sistem jaringan pengangkutan perkhidmatan awam di negeri Selangor, Kerajaan Negeri akan membuat beberapa siri perbincangan bersama Kerajaan Persekutuan dalam halhal berkaitan kelulusan jajaran yang bersesuaian dengan keadaan persekitaran, penempatan dan keperluan penduduk serta merangkumi penguatkuasaan dan pemantauan di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan.

     

    Kerajaan Negeri Selangor menyedari bahawa isu-isu pengangkutan awam adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Pengangkutan (MOT) dan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) yang memantau dan memberi kelulusan laluan perjalanan terhadap permohonan syarikat-syarikat pengangkutan awam yang berkaitan.

Lampiran

Tiada Lampiran.