Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

9 November hingga 11 November 2011 dan 14 November hingga 17 November 2011

45) PENGANGKUTAN AWAM

Tahun: 2011

Sesi: 3

Isu: Pengangkutan

Adun:

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Bandar Bukit Sentosa dan Bukit Beruntung mempunyai penduduk hampir 35, 000 orang, terdiri daripada beberapa taman disekitarnya seperti Prima Beruntung, Taman Bunga Raya, Taman Widuri, Taman Bakawali, Taman Kesumba dan lain-lain lagi. Setiap hari penduduk taman-taman ini akan berurusan ke Bandar Bukit Sentosa dan Bukit Beruntung. Namun begitu, penduduk ini menghadapi masalah pengakutan awam, sama ada teksi atau bas sebagai pengakutan awam di kawasan ini. Jarak antara taman ini ke Pusat bandar sekitar - 8 km hingga 10 km. Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah pengangkutan awam sebagai kemudahan penduduk di sini untuk urusan harian mereka ?

Lampiran

Tiada Lampiran.