Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

324) PENGANGKUTAN AWAM

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah hasil penemuan kajian Pelan Induk Pengangkutan Awam Negeri Selangor yang dijangka telah disiapkan pada Disember 2015?

    Deraf Laporan Akhir Pelan Induk Pengangkutan Awam Negeri Selangor telah disiapkan. Kerajaan Negeri Selangor selanjutnya telah mengadakan sesi keterlibatan (engagement) deraf Laporan Akhir Pelan Induk Pengangkutan Awam Negeri Selangor bersama pihak ADUN, Ahli Parlimen, Ahli Majlis, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan rakyat bagi mendapatkan maklum balas dan input berkaitan pelan induk tersebut.

     

    Maklum balas dan input tambahan melalui sesi dialog tersebut diambilkira bagi memuktamadkan Laporan Akhir pelan Induk Pengangkutan Awam Negeri Selangor. Laporan akhir ini dijadualkan dibentangkan kepada Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Selangor (MTES) pada 23 Mac 2016.

     

    Hasil kajian selama enam (6) bulan telah mencadangkan 12 penyelesaian menangani isu kesesakan lalulintas dan membantu rakyat meningkatkan aksesibiliti terhadap pengangkutan awam seperti berikut :

     

            Jajaran/Justifikasi
    KTM          
    P1 KTM Freight Line North   Serendah-Klang
              Liputan kawasan utara Negeri Selangor
           
    P2 KTM Freight Line South   Klang-KLIA-Senawang
              Liputan kawasan selatan Negeri Selangor
      · Menyediakan jajaran baru  khas  untuk  sistem  pengangkutan  barangan
        dengan jumlah perhentian yang terhad untuk pengerakan yang lebih pantas.
      · Mengasingkan laluan utama  pengangkutan  awam  bagi  membolehkan
        perkhidmatan keretapi sedia ada digunakan sepenuhnya secara efisyen
        untuk pergerakan penumpang.
               
    MRT          

     

    P3 MRT Circle Line 1 6 km radius dari Kuala Lumpur  
               
        ·  Penambahbaikan kepada “ MRT Circle Line” untuk kawasan Kuala Lumpur  
          dan kawasan sekitarnya (MPAJ dan MBPJ).  
             
      P8 MRT Extension West Sg.  Buluh  –  Elmina  West  –  West  Coast  
            Development  
               
        ·  Membolehkan kawasan Selangor Vision Valley (Elmina East, Elmina West,  
          Kota Elmina Denai Alam, Bukit Lagong) menjadi sebahagian daripada  
          pembangunan asas MRT.    
      LRT        
      P4 LRT Extension Gombak – Selayang – Kepong  
        · Meluaskan perkhidmatan LRT/MRT sedia ada untuk kegunaan kawasan  
          yang terletak dalam Negeri Selangor.  
      P5 LRT Bukit Lanjan Bandar Utama – Kepong  
        ·  Membolehkan  kawasan pembangunan  berkepadatan  tinggi  di  MBPJ  
          mempunyai akses kepada perkhidmatan LRT3.  
      P6 LRT Circle Line North Rawang – Shah Alam (Wheel 2 North)  
        ·  Untuk memberi perkhidmatan kepada sekurang-kurangnya 10 bandar baru  
          yang terletak di kawasan Puncak Alam, Selangor Vision City, Bukit Subang,  
          Bukit Jelutong dan Shah Alam (menghubungkan MRT1 dengan LRT3, BRT  
          dan KTMB di Shah Alam).    
      P7 LRT Circle Line 2 South Shah Alam – Putrajaya  
            (Wheel 2 South)  
               
        · Melengkapkan jajaran P6 dengan laluan terus  ke Kota Kemuning, Rimbayu  
          sehingga ke Cyberjaya (integrasi keseluruhan koridor bahagian barat Negeri  
          Selangor).    
      P9 Sunway BRT Extension USJ-Puchong  
        ·  Mengintegrasi kawasan Puchong dengan USJ dan Sunway.  
      P10 PJ PRT Bandar Utama -TTDI – PJ KTM Station  
               
    • Model sistem PRT (People-Rapid-Transit) dalam bandar.

     

    • Pemilihan jajaran sebagai alternatif untuk menggantikan Lebuh raya KIDEX.

     

      P11   LRT Extension Possible Link-Putra Height -LRT Circle Line 2  
            spur line    
                 

     

          ·  Membolehkan keseluruhan koridor pengangkutan barat berintegrasi dengan  
          LRT1 dan LRT 2 di Putra Height.  
      P12   LRT Circle Line 3   Possible long term link-Klang-Nilai  
                 

     

    • Cadangan jangka masa panjang untuk mengintegrasikan National Vision

     

    Valley (NVV) di Negeri Sembilan dengan Negeri Selangor dengan menyambungkan LRT 3 ke Teluk Panglima Garang, Tanjung Dua Belas, Salak Tinggi dan Sepang.

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.