Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

2) PENGANGKUTAN AWAM

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Tuan Ir. Haji Mohd Haslin Bin Hassan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah bas Smart Selangor yang telah beroperasi dan nyatakan laluan yang terilibat.

    Sejak dilancarkan pada 1 Julai 2015 sehingga 30 Jun 2016, sebelas (11) laluan telah diperkenalkan dengan 34 buah Bas Smart Selangor digunakan di semua daerah kecuali di kawasan Majlis Bandaraya Petaling Jaya yang telah mempunyai bas komuniti sendiri iaitu PJ CityBus sebanyak 22 buah bas. Bagi laluan tambahan terbaru pada tahun 2016, Bas Smart Selangor telah beroperasi di kawasan pentadbiran Ampang Jaya, Kajang, Sepang, Kuala Langat, Selayang, Sabak Bernam, Hulu Selangor dan Kuala Selangor.

    Laluan-laluan Bas Smart Selangor pada masa ini melibatkan laluan-laluan berikut:

    • Laluan Bas Smart Selangor MBSA
      1. Dari Stesen Komuter Shah Alam Seksyen 19 ke Hospital Shah Alam, Seksyen 7.

     

    1. Laluan Bas Smart Selangor MPSJ
      • Dari Persiaran Bakti (MPSJ) ke Persiaran Murni (Sekolah Agama Bestari).

     

    1. Laluan Bas Smart Selangor MPK
      • Dari SRJK (C) Kong Hoe / Jalan Batu Tiga Lama Ke Plaza MPK (Mydin) / Jalan Pos Baru.

     

    1. Laluan Bas Smart Selangor MPAJ
      • Dari Jalan Ukay Perdana ke Jalan Taman Melawati.

     

    1. Laluan Bas Smart Selangor MPKj
      • Dari/Ke Kompleks Hentian Kajang melalui Jalan Reko, Persiaran Bangi, Persiaran Cempaka, Jalan 7/2, Jalan 7/5, Jalan 7/1, Jalan Wan Siew, Jalan Sungai Chua, Jalan Mendaling, Jalan Tukang, Jalan Besar, Jalan Cheras dan Jalan Timur.

     

    1. Laluan Bas Smart Selangor MPS
      • Dari Selayang Mutiara ke Terminal Putra Gombak.

     

    1. Laluan Bas Smart Selangor MPSp
      • Dari Klinik Kesihatan Tanjong Sepat ke Stesen ERL Kota Warisan.
      • Dari Bandar Baru Salak Tinggi ke Stesen ERL Kota Warisan.

     

    1. Laluan Bas Smart Selangor MDKL
      • Dari Bandar Banting ke Stesen ERL Kota Warisan.

     

    1. Laluan Bas Smart Selangor MDSB  –          Dari/ke Sekinchan ke/dari Sabak Bernam.

     

    1. Laluan Bas Smart Selangor MDKS
      • Dari Terminal Bas dan Teksi Kuala Selangor – Tanjong Karang – Perhentian Bas Sekinchan.

     

    1. Laluan Bas Smart Selangor MDHS

    –    Terminal Bas Kuala Kubu Bharu – ke/dari Terminal Bas Bukit Sentosa.

Lampiran

Tiada Lampiran.