Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

35) PENGANGKUTAN AWAM

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Tuan Ir. Haji Mohd Haslin Bin Hassan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan syarikat yang membekalkan Bas Smart Selangor dan jumlah harga kontrak yang telah ditawarkan.

    Perkhidmatan Bas Smart Selangor telah dilaksanakan secara berperingkat. Bermula 1 Julai 2015, tiga laluan diperkenalkan di kawasan Shah Alam, Subang Jaya dan Klang. Perkhidmatan ini ditambah pada tahun 2016 bermula 1 Januari di Ampang Jaya dan Kajang seterusnya diperluaskan di enam (6) laluan di Selayang, Sepang, Kuala Langat, Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Hulu Selangor.

     

    Maklumat syarikat yang membekalkan Bas Smart Selangor dan jumlah harga kontrak yang ditawarkan adalah seperti di  Jadual 1 dan Jadual 2 di bawah:

    Jadual 1 : Jumlah Kontrak Syarikat Pengendali Bas Smart Selangor

    Dari 1 Julai 2015 hingga 30 Jun 2016

    Bil Operator / Syarikat Pengendali Kawasan / PBT Jumlah Kontrak
    1 Rapid Bus Sdn. Bhd. 3 kawasan / MBSA, MPSJ dan MPK RM3,481,712.00
    JUMLAH KONTRAK RM3,481,712.00

    Jadual 2 : Jumlah Kontrak Syarikat Pengendali Bas Smart Selangor

    Dari 1 Januari 2016 hingga 30 Jun 2016

    Bil Operator / Syarikat Pengendali Kawasan / PBT Jumlah Kontrak
    1 Rapid Bus Sdn. Bhd. 5 kawasan baru iaitu MPAJ, MPKj, MPS, MPSp dan MDKL serta lanjutan kontrak bagi MBSA, MPSJ dan MPK (dengan tambahan sebuah bas di MPK) RM6,973,630.00
    2 Wawasan Sutera Travel & Tours Sdn. Bhd. 2 kawasan / MDKS dan MDSB RM1,242,896.64
    3 SKS Coachbuilders Sdn. Bhd. 1 kawasan / MDHS RM619,040.00
    JUMLAH KONTRAK RM8,835,566.64

Lampiran

Tiada Lampiran.