Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

57) PENGANGKUTAN AWAM

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah rancangan jangka masa pendek, jangka masa sederhana dan jangka masa panjang Kerajaan untuk menambahbaik pengangkutan awam di seluruh Lembah Kelang?

    Kerajaan Negeri cakna terhadap keperluan rakyat dengan menyediakan kemudahan perkhidmatan bas awam untuk kegunaan masyarakat khususnya yang berpendapatan sederhana rendah seperti warga industri, pelajar, kakitangan kerajaan dan mereka yang memerlukan perkhidmatan bas ini untuk urusan harian. Perkhidmatan bas komuniti telah mula beroperasi untuk kemudahan orang ramai pada Julai 2008 di kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ). Setelah ia mendapat sambutan, program ini dikembangkan di kawasan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bermula 4 Mac tahun lalu. Program ini akan diperluas lagi dengan penglibatan dua (2) lagi pihak berkuasa tempatan (PBT) pada tahun ini iaitu, Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dan Majlis Perbandaran Klang (MPK).

    Dalam masa yang sama, hasil Kajian Pengangkutan Awam Negeri Selangor oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD) Selangor, Kerajaan Negeri dalam usaha memperluaskan perkhidmatan bas perantara (feeder bus) di kawasan MBPJ, MBSA, MPSJ, MPK dan MPAJ serta menaiktaraf perkhidmatan bas mini sebagai bas perantara.

    Dengan mengambilkira pembangunan jangka panjang, Kerajaan Negeri dalam proses merangka Selangor Public Transport Masterplan bagi memastikan penyediaan perkhidmatan dan kemudahan pengangkutan awam selari dengan pembangunan Negeri Selangor secara menyeluruh.

Lampiran

Tiada Lampiran.