Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

39) PENGANGKUTAN AWAM

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Tuan Sallehen Bin Mukhyi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Strategi memperkukuhkan kemudahan pengangkutan awam dari Sabak Bernam ke Tanjung Karang dan Kuala Selangor

    Kemudahan pengangkutan awam sedia ada yang menghubungkan Sabak Bernam ke Tanjung Karang dan Kuala Selangor adalah melalui perkhidmatan bas yang dikendalikan oleh operator perkhidmatan bas sedia ada yang dilesenkan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

    Pihak Kerajaan Negeri sentiasa melihat keperluan penambahbaikan sistem pengangkutan awam dengan kerjasama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang memainkan peranan penting untuk merangka strategi dalam membangunkan usaha-usaha penambahbaikan pengangkutan awam di kawasan masing-masing. Dengan terlaksananya perkhidmatan Bas Selangorku yang berjaya dilancarkan dan dimulakan di kawasan Shah Alam, Subang Jaya dan Klang, Kerajaan Negeri yakin dapat memperluaskan perkhidmatan bas percuma tersebut ke kawasan seperti Sabak Bernam, Tanjung Karang dan Kuala Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.