Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

35) PENGANGKUTAN AWAM

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan mempunyai perancangan untuk mengadakan kemudahan pengangkutan awam di seluruh Selangor, terutama di kawasan-kawasan pendalaman yang belum mempunyai kemudahan awam seperti dari Ampang ke Pangsoon dan ke Sungai Lui.

    Perancangan untuk mengadakan kemudahan awam yang sedang diusahakan pihak Kerajaan Negeri adalah perkhidmatan bas percuma di kawasan bandar. Kemudahan bas ini dilaksanakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dengan mengenalpasti laluan-laluan kritikal terutamanya di kawasan berkepadatan tinggi. Buat masa ini, perkhidmatan bas percuma hanya dapat disediakan bagi kawasan bandar sahaja.

    Kerajaan Negeri sentiasa prihatin untuk membantu rakyat mendapat perkhidmatan kemudahan awam di setiap peringkat negeri termasuk di kawasan-kawasan pedalaman. Namun begitu, keupayaan Kerajaan Negeri adalah terhad dan hanya dapat dilaksanakan di kawasan bandar seperti Petaling Jaya, Shah Alam dan Subang Jaya. Manakala penyediaan perkhidmatan bas henti-henti merupakan tanggungjawab Kerajaan Persekutuan untuk menambahbaik perkhidmatan bas awam sedia ada di Negeri Selangor dengan mewujudkan perkhidmatan ini di kawasan-kawasan luar bandar seperti Projek Penambahbaikan Bas Henti-henti atau Commuter Bus Improvement Project (CBIP) yang dirangka oleh pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) bersama PBT. Projek CBIP merangkumi pelan rangkaian bas, operasi dan infrastruktur bas bagi daerah-daerah perintis. Cadangan CBIP di Negeri Selangor adalah melibatkan daerah Kuala Selangor, Sabak Bernam dan Hulu Selangor yang masih diperingkat kajian manakala daerah Kuala Langat akan menjadi daerah perintis bagi projek CBIP yang akan dilaksanakan pada tahun 2015.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.