Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

97) PENGANGKUTAN AWAM – BRT KUALA LUMPUR – KLANG

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini cadangan BRT Kuala Lumpur Ð Klang sepanjang Lebuhraya Persekutuan di mana salah satu stesen akan didirikan sekitar Icon City (SS 9) atau tapak Kontena Nasional (juga cadangan hospital awam baru) di kawasan SS 10, Petaling Jaya?

    Status pembinaan projek BRT di Lebuhraya Persekutuan

    Projek Bus Rapid Transit (BRT) Kuala Lumpur – Klang merupakan salah satu projek pengangkutan awam darat di bawah Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat yang bermatlamat untuk memastikan perkhidmatan bas yang sistematik, cekap dan terurus di laluan-laluan utama ke pusat bandar Kuala Lumpur di sepanjang lima (5) kawasan penempatan berkepadatan tinggi dan mempunyai pergerakan trafik tertinggi ke Pusat bandar Kuala Lumpur di dalam kawasan Lembah Klang iaitu kawasan Klang, Shah Alam, Petaling Jaya dan Pusat Bandar Kuala Lumpur.

    Laluan BRT KL-Klang ini adalah sepanjang 34.3 kilometer yang melalui tiga (3) laluan utama iaitu Jalan Tun Sambathan, Jalan Syed Putra dan Jalan Persekutuan 2 (Federal Highway) dan melalui lima (5) kawasan Pihak Berkuasa Tempatan di mana empat daripadanya adalah kawasan PBT Negeri Selangor iaitu Majlis Perbandaran Klang, Majlis Bandaraya Shah Alam, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), dan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ).

    Cadangan pembinaan BRT KL- Klang pada awalnya akan bermula pada November 2014 sehingga Disember 2016 dan mempunyai dua (2) fasa pembinaan iaitu Fasa Pertama bermula dari November 2014 – April 2016 iaitu dari Kuala Lumpur (Pasar Seni) ke Subang Jaya (sebelum Tol Batu Tiga) dan Fasa Kedua bermula pada bulan Jun 2015 – Disember 2016 iaitu

    dari Subang Jaya (sebelum Tol Batu Tiga) ke Klang (Bandar Klang). Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri dimaklumkan bahawa pelaksanaan projek ini ditangguhkan sehingga tahun 2017 atas sebab kekangan peruntukan.

    Pada tahun ini, pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telahpun mengeluarkan iklan tender bagi pelaksanaan projek BRT pada 17 Januari 2017 dan akan ditutup pada 2 Mei 2017.

    2) Kelulusan-kelulusan Yang Dipohon dan Telah Diberikan

    Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, pelaksanaan projek BRT telah dibentangkan kepada Kerajaan Negeri dan Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan ke 14/2014 yang diadakan pada 23 April 2014 yang telah disahkan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan ke 15/2014 pada 30 April 2014 telah menimbang dan meluluskan secara dasar cadangan pelaksanaan Bus Rapid Transit (BRT) Laluan Kuala

    Lumpur – Klang bagi meningkatkan pengangkutan awam di Kawasan Lembah Klang.

    Selain daripada itu, mesyuarat jawatankuasa teknikal yang ditubuhkan bagi membincangkan secara terperinci keperluan dan syarat pematuhan peraturan PBT ke atas pemaju projek telah diadakan sebanyak lima (5) kali. Pihak Berkuasa Tempatan yang terlibat juga telah memberikan senaraisenarai permintaan “wishlist” yang perlu dipertimbangkan oleh pemaju projek sebagai persetujuan bersama bagi memastikan pelaksanaan projek ini berjalan lancar mengikut peraturan dan akta-akta yang telah ditetapkan.

Lampiran

Tiada Lampiran.