Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

67) PENGANGKUTAN AWAM DAERAH KUALA LANGAT

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Selain daripada penyediaan perkhidmatan SMART BAS Selangor di Daerah Kuala Langat, adakah Kerajaan Negeri telah menyediakan pelan pembangunan untuk melengkapkan jajaran MRT, LRT menghubungkan kawasan desa dari MRT Putra Height - Bandar Saujana Putra, - Jenjarom - Banting - KLIA ? Atau ada sebarang cadangan penambahan jajaran LRT , MRT baru dari Klang melalui kawasan desa melintasi DUN Sijangkang dan Telok Datok? Sila nyatakan.

    Penyediaan infrastruktur berasaskan rel adalah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan dalam menyediakan pelaburan kepada perkara-perkara tersebut. Peranan Kerajaan Negeri Selangor adalah melihat kewajaran jajaran dan isu tanah yang berkaitan. Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri Selangor boleh mengemukakan cadangan supaya perkara berkaitan ini dipanjangkan ke Kuala Langat. Tetapi pelaksanaannya bergantung kepada keupayaan Kerajaan Persekutuan untuk melaksanakannya.

    Kerajaan Negeri sedar bahawa terdapat missing link antara perkhidmatan rel dan perkhidmatan pengangkutan awam lain seperti bas. Oleh yang demikian, inisiatif yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Selangor adalah dengan menyediakan bas percuma. Dalam penyediaan laluan bas percuma ini, salah satu kriteria yang menjadi panduan dalam penetapan laluan adalah ianya perlu dihubungkan dengan stesen rel sedia ada bagi tujuan connectivity di antara pengangkutan awam.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.