Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

52) PENGANGKUTAN AWAM PERCUMA

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Pengangkutan awam percuma yang digariskan dalam manifesto PRU-13 Pakatan meliputi kawasan bandar seperti Shah Alam, Petaling Jaya dan Kajang. Apakah status perancangan negeri terhadap cadangan tersebut?

    Kertas cadangan pelaksanaan perkhidmatan pengangkutan awam percuma telah dikemukakan oleh lapan (8) buah PBT kawasan bandaraya dan perbandaran(MBSA, MBPJ, MPK, MPAJ, MPSJ, MPS, MPKj dan MPSP). Namun demikian, setiap cadangan rangka kerja perkhidmatan bas awam percuma tersebut akan diperhalusi dalam mesyuarat Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan agar kemudahan dan perkhidmatan yang diberikan berkesan. Walau bagaimanapun, sejak tahun 2008, MBPJ merupakan PBT yang pertama berjaya menyediakan perkhidmatan bas komuniti kepada penduduk di kawasan pentadbiran MBPJ yang berpendapatan rendah dan warga emas. Perkhidmatan ini diberikan dari jam 9.30 pagi sehingga jam 2.30 petang dan bas memuatkan kapasiti seramai 30 orang. MBPJ mempunyai 2 buah bas komuniti yang meliputi laluan mengikut zon iaitu Zon Petaling Jaya Selatan (PJS) dan Zon Petaling Jaya Utara (PJU).

Lampiran

Tiada Lampiran.