Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

214) PENGANGKUTAN AWAM PERCUMA

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri mewujudkan pengangkutan awam percuma menyambungkan Bandar dan Pekan pinggiran pantai khususnya di dalam Daerah Kuala Langat?

     

    Sememangnya Kerajaan Negeri dalam proses mewujudkan pengangkutan awam percuma khususnya perkhidmatan bas komuniti di kawasan bandaraya dan perbandaran. Namun, Kerajaan Negeri telah merangka projek khas untuk Daerah Kuala Langat yang telah menjadikan Daerah Kuala Langat sebagai Projek Perintis melalui Jawatankuasa Penyelarasan Teknikal Rancangan Induk Pengangkutan Awam Darat Peringkat Negeri Selangor (RIPAD) dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sebagai setiausaha. Dasar projek perintis ini adalah untuk menentukan sesuatu jajaran perkhidmatan sosial melalui dua (2) objektif iaitu jajaran mestilah mendapat sasaran 40% perkongsian mod pengangkutan awam dan mempunyai ke saling hubungan (connectivity) yang efisen untuk rakyat. Sehubungan dengan itu, laluan bas yang dicadangkan akan menyediakan kapasiti yang akan membolehkan sasaran 40% dapat dicapai dan menghubungkan sekurang-kurangnya 80% kawasan berkependudukan berikutan lokasi daerah ini terletak di luar kawasan Greater Kuala Lumpur / Klang Valley (GKL/KV) dan mempunyai intensiti pembangunan yang dijangkakan meningkat di masa hadapan. Kini Jawatankuasa RIPAD melalui SPAD telah mendapati sebanyak 13 laluan bas yang menghubungkan kawasan kampung ke pusat bandar contohnya:

     

    • Hentian Bas Banting ke Putrajaya Sentral, melalui Cyberjaya, dengan jarak 40.5 KM.
    • Hentian Bas Banting ke Tanjung Sepat, melalui Morib, dengan jarak 31.4 KM.
    • Hentian Bas Banting ke Teluk Panglima Garang dengan jarak 22.5

Lampiran

Tiada Lampiran.