PENGANGKUTAN AWAM PERCUMA
36) PENGANGKUTAN AWAM PERCUMA
Tahun:
Sesi:
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Tuan Haji Zaidy Bin Haji Abdul Talib
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Bagaimanakah status perlaksanaan janji manifesto ini?
Kerajaan Negeri Selangor telah melaksanakan janji seperti yang dinyatakan dalam manifesto iaitu menyediakan pengangkutan awam percuma di Shah Alam, Petaling Jaya, Subang Jaya dan Kajang.
Program Pengangkutan Awam Percuma atau Perkhidmatan Bas Komuniti di Shah Alam telah dilaksanakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) iaitu Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ). Manakala bagi kawasan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), kajian telah dilaksanakan untuk tujuan pelaksanaan.
