Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009

208) PENGANGKUTAN AWAM SHAH ALAM

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bandaraya Shah Alam menjadi ibu negeri Kerajaan Negeri Selangor. Tetapi malangnya kemudahan pengangkutan awam adalah amat mendukacitakan . Sebagai contohnya penduduk di kawasan perumahan utara Shah Alam, U6,U10,U9 Shah Alam tidak mempunyai perkhidmatan bas yang menyeluruh . Syarikat bas yang sedia ada gagal melalui semua laluan dengan kepadatan penduduk yang bertambah . Apakah rancangan kerajaan untuk mengatasi masalah ini ?

    Berdasarkan semakan majlis, terdapat pengangkutan awam (Rapid KL) disediakan bagi kawasan U6 dan U10. bagi kawasan U9, perkhidmatan bas hanya terdapat di jalan utama (Jalan Batu Arang) memandangkan kawasan tersebut masih belum dibangunkan sepenuhnya. Pihak Majlis akan merujuk kepada pihak LPKP (Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan) supaya mencadangkan syarikat bas melalui kawasankawasan yang dipohon mengikut kesesuaian tempat dan penduduk.

Lampiran

Tiada Lampiran.